Ini ilham pelamin yang aku suka. Cantik, simple and nice. Warna pink ni sebenarnya senang nak cari match color. Pink ada banyak tone color yang lebih kurang sama yet menyerlah. Bagi aku, aku memang suka benda yang simple tapi cantik. Putih, pink lembut dan pink gelap sket untuk naikkan elemen warna pink yang pelbagai tu. Asalnya nak buat warna hijau putih atau beige putih which is warna yang nice dan tak heavy. Tapi sebab aku suka warna tone pink yang pelbagai ni, aku decide warna pink putih with lighting warna oren.
Those yang interested dengan design pelamin ni, Koleksi Imah antara butik pengantin yang terkenal di area Temerloh, Jengka dan Mentakab. Aku tengok design ni dalam sebulan sebelum majlis aku, then kagum tengok color yang sangat nice ni. Actually pelamin ni main dengan warna pink + putih sahaja. Then lighting tu of course kena ada untuk naikkan seri pelamin dan dalam rumah. Bercadang nak beli juga bunga warna macam ni, tapi as you all know, bunga artificial bukannya murah kan. Lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan fresh flower. Tapi sebab aku malas nak ambil supply bunga yang banyak dari KL, dengan cost pengangkutan dan other few reason yang membuat aku rasa "jangan nak susahkan diri sendiri." I decided untuk buat sendiri bunga warna warni tu guna kertas crepe.
Ni la asalnya background dalam rumah aku. Then, bila aku cakap nak buat majlis nikah kat rumah, Umi aku excited nak buat preparation sama-sama. So, Umi bantu siapkan langsir, jahitkan langsir dan Umi settlekan semua bab langsir. Dan masa balik cuti untuk persiapan kahwin, aku impress gila dengan langsir yang Umi buat. Memang cantik! Ya, simple. Maaflah ya. Aku memang suka benda yang simple tapi indah.
Sebulan lebih juga selepas aku tengok gambar pelamin dari Koleksi Imah tu, aku beransur-ansur buat bunga guna kertas crepe tu. Dari kat office, kat rumah, jenuh la mengentel-gentel kertas tu. Bab gunting yang paling leceh. Aku beli dalam 50-60 helai kertas crepe juga. Ada 4-5 warna yang aku beli, tapi semua warna yang lebih kurang sama. Ada certain kedai yang jual very limited choice of color. Tapi bila aku pergi kedai Maria yang supply barang student Art & Design kat Seksyen 2, Shah Alam tu, ada banyak pilihan warna dan of course lebih murah daripada sheets yang aku beli di Masjid India. Semua House? Tak cantik warna pilihannya...
Sehelai kertas crepe tu aku boleh buat 8 kuntum bunga. Dengan syarat setiap kuntum ada 4 lapis, kalau buat 5 atau 6 lapis boleh dapat 5-6 kuntum saja untuk setiap helai kertas crepe. Tapi sebab bunga tu nanti aku buat dalam bentuk jambak, so, aku buat 4 lapis je. Asal warna naik dan menyerlah.
Tapi bila tiba hari kejadian, ada kawan baik aku sorang tolong aku sejak hari Rabu ke hulu hilir teman aku buat macam-macam untuk persiapan wedding, macam-macam idea la dia dapat. Disebabkan bunga yang sedia ada tak cukup... masa buat pelamin pun aku still lagi gunting kertas, ikat dengan dawai dan bentukkan bunga tu. Mujur ada juga sepupu yang sudi tolong buat bunga dan memberi sokongan padu untuk buat lagi banyak bunga. Buat bunga crepe ni tak susah, tapi banyak steps. Hari Jumaat pukul 3 petang, barulah siap semua kertas crepe dan Seha tolong jambakkan dan susun keliling pelamin. Cantik dia buat. Credit to her ~ Nasieha Harun
Oh yaa... bantal warna pink tu pun buat sendiri. Aku beli 1 meter kain langsir dengan 3 warna. Pink cerah, pink dan pink gelap. Ada 3 tone color pink, minta tolong makcik jahitkan dan settle 6 biji bantal susun belakang pelamin. Lampu IKEA jangan lupa, berbaloi beli lampu IKEA ni, boleh pakai letak dalam bilik... Cantik.
Barang yang aku sewa - alas nikah, carpet putih, 3 flower stand dan payung sahaja which cost me RM200 for this stuffs. Palette a.k.a pelantar pelamin aku minta adik lelaki aku tolong settlekan..mujur sudi bantu. Buntu juga aku masa hari Khamis tu tak ada orang willing to help me with this pelantar. Finally, ada yang kecik sket.. Alhamdulillah...
Gambar waktu malam tak ada dalam simpanan nak dikongsikan dalam blog ni. Tapi yang penting, aku berpuas hati dengan hasil kerja tangan sendiri ni. Alhamdulillah...
Assalamualaikum..
ReplyDeleteKami dri ibunda catering & wedding planner
menawarkan pakej2 yg menawarkan bajet yg
menarik menanti anda...jemput2la tengok website
kami...meh la servey2... :-)
Website: Ibunda Catering