Tenang, air mata aku biarkan bergenang tanpa tumpah. Ini yang aku tunggu selama 24tahun, menjadi suri hati seseorang bergelar suami. Ikatan pertunangan selama lebih kurang 7 bulan, diduga dengan pelbagai cubaan dan dugaan, aku bersyukur... Dia pinjamkan aku ciptaanNya untuk menemani aku, membesarkan anak-anak aku dan hidup suka atau dukanya bersama.

akad untuk nama aku. Rupanya dia jodoh aku, syukur. Semoga jodoh ini berpanjangan, bahagia hingga ke syurga.
Sebelum akad nikah, aku duduk di belakang sisi kiri dia. Dia tak pernah menoleh aku kat sebelah sehinggalah tok kadi umumkan akad nikah itu sah, dan dia tersenyum. Masih terngiang-ngiang bagaimana dia menyebut lafaz akad nikah. Dan aku takkan lupa...
Alhamdulillah...
"Aku terima nikah Siti Salwa Hanim Binti Atan dengan mas kahwinnya RMXXX tunai."
0 comments:
Post a Comment
Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195