11 September 2012

Love From Allah

Agak lama aku diamkan diri dari blog. Hati rasa sarat benar dengan duniawi. Maafkan Ya Allah kerana terlalu mencintai duniaMu ini. Hati juga terasa sarat dengan kebimbangan kerjaya yang tak kunjung tiba atau adakah aku yang sebenarnya terlalu memilih. Kata orang, kerja sekarang jangan memilih sangat. Terlalu banyak persaingan kat luar sana. Benar, aku tak nafikan....

Sejak 2 September, seorang teman mengejutkan aku dengan satu berita yang aku tak pernah tahu. Atau adakah aku yang tak pernah perasan? Miss Eamy pernah kemukakan isu ini pada aku dulu, tapi aku ambil mudah dan sememangnya ketika itu dia dan aku bercakap tanpa bukti. Sekarang, aku ada buktinya. Setelah beberapa hari aku berperang dengan perasaan. Aku terasa aku ada jawapannya. Tapi jawapan aku tak pasti. Jadi, aku simpan saja. Kalau benar ceritanya, terbongkarlah kebenarannya satu hari nanti. Kalau sebaliknya, aku redha. But still... I can't stop thinking about it. Aku luahkan pada Dia, harapkan agar Dia tunjukkan jalannya sekali lagi dalam istikharah ini.

Perjuangan Nadzir Farhan di welovekaabah.blogspot.com
Mention oleh seorang teman lama di Twitter membuat aku tersenyum. Aku yakin, dan aku harap aku berjaya mencapai redhaNya satu hari nanti. Aku juga percaya, rasa itu datang dariNya, kerana itu aku masih disini. Moga aku berjaya membina syurga hati sebelum bertemu teman sejati. Cukup untuk hari ini. Iftar....

P/S: Support kawan. Good luck A'an dengan welovekaabah.blogspot.com.

2 comments:

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195