Selesai habis last paper untuk program Ijazah Sarjana Muda aku, aku menerima panggilan untuk join kem penilaian ni di UKM, Bangi. Mula-mula berat hati nak pergi, tapi lepas fikir 2-3 kali, I decided to join je la kem penilaian tu. Driving alone from Puncak Alam ke Bangi dengan bantuan GPS, Alhamdulillah aku selamat sampai di UKM, Bangi lebih kurang pukul 9 pagi. The best part, bila sampai kat traffic light depan pintu gerbang UKM tu, aku nampak ada sebijik motor yang berhenti kat pondok jaga and aku rasa kenal benar dengan beg galas tu.
Selesai kira BMI, daftar bilik dan rehat sekejap yang kami ditempatkan di Kolej Tun Hussein Onn, UKM, selesai Zohor saja, kena move ke dewan taklimat di Fakulti Sains Sosial. Untuk sesi ramah mesra bersama urusetia dan sedikit pengenalan tentang program ini. So, sekali lagi, kami seramai 50 orang dibahagikan kepada 5 kumpulan. Again... sekali lagi, aku secara "purely coincident" dapat pula satu group with the one yang aku jumpa di pintu gerbang awal pagi tadi.
![]() |
Girlfriends from Group 4 |
Setiap perincian atau pembentangan perlulah diikuti dengan facts and figures yang akan mengukuhkan lagi pembentangan tu. So, kami diberi kebenaran untuk menggunakan sebarang gadget yang ada termasuklah my Blackberry untuk cari info untuk dibentangkan. Pembentangan ni menarik kalau kita benar-benar tahu apa yang kita bentangkan. Setuju?
Aku nak kongsi tentang Public Speaking. Ada kenalan dari kumpulan aku graduan Mechanical Engineering dari Australia dan baru je balik dari sana turut menyertai program ni, dia ada cakap semasa sessi pertama yang kami tak biasa dengan Bahasa Melayu. Haram.. memang terkongtang-kanting buat presentation in Malay. Tak cakap pun kami hebat dalam English, tapi selama 5 tahun aku belajar kat UiTM, tak ada satu pu presentation yang membenarkan penggunaan Bahasa Melayu selain subjek-subjek CTU. So, a little bit awkward untuk guna Bahasa Melayu walaupun English sebenarnya berterabur. Ok! Public speaking was nice. Diberi topik secara random dan persediaan presentation selama 5minit. Aku dapat topik "HISTORY". Hambik! Aku dah la anti habis dengan Sejarah, tiba-tiba dapat topik sejarah. Haaa... goreng je. So, aku goreng apa yang aku tahu, ingat dan wrap up semuanya dalam satu topik tu.
![]() |
Spot "the one" yang aku jumpa di entrance UKM tadi? - My groupmates. Awesome. |
Jadi, aku masih lagi dalam dilemma untuk meneruskan program 6 bulan Program Perdana Leader Fellowship ni yang bermula pada 5 Oktober nanti. Banyak benda yang KBS tawarkan. Tapi mereka tak menjanjikan sebarang peluang pekerjaan di akhir program nanti bergantung kepada performance masing-masing. So, aku masih lagi dalam dilemma. Bantu aku buat keputusan sikit? Apa kata korang?
Untuk mengetahui tentang program ini dengan lebih lanjut. Feel free to download the "booklet" here.
0 comments:
Post a Comment
Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195