Aku bukan penyajak, juga bukan pandai dalam berpuitis. Cukup aku katakan, aku punya hati dan perasaan. I'm not going to talk about feelings anymore sebab the feeling just gone and fade away. Don't ask me why sebab aku pun malas nak ingat, membazir air mata untuk benda remeh macam ini. Just let it go.
![]() |
Ibrahim Afellay |
Hey, lelaki... hurmm.. Apa yang aku nak ulaskan dalam topik ini? Nothing..just aku rasa macam lagi best kalau aku suka lelaki yang aku confirm tak dapat daripada aku suka lelaki yang aku mungkin boleh dapat, tapi tak dapat. Got what I'm trying to say kat sini? Haha.. Ok, let's say aku suka Ibrahim Afellay (Barcelona player), is it possible untuk aku dapat dia? No kan? So, aku sedarlah diri aku...takkan nak kat orang camni kot? Sukalah macam mana pun, aku takkan dapat dia. Daripada aku duk suka a guy ni, impress him whatsoever but then he left. Sakit hati kan? So, aku nak minat artis, football player je la.
![]() |
Lee Jun Ki |
When I first watched My Girl, keluar cerita ni masa aku form 4. Aku dah fall in love dengan Lee Jun Ki. Aku suka dia sebab watak dia dalam cerita tu yang sangat gentleman, very understanding and cool. Pernah sampai termimpi-mimpi tau aku jadi girlfriend dia? Haha.. bangun tidur senyum sampai ke telinga and rasa tak nak bangun tidur je bila layan mimpi dengan Lee Jun Ki. Tu artis Korea pertama yang aku minat sejak 2005.
Aku punya minat kat si Jun Ki sampai aku boleh letak nama ikan puyu aku Jun Ki masa aku diploma dulu. Hah! Mampu? So, aku memang jaga betul-betul la si ikan puyu aku ini. Selain tu, orang kata ikan puyu ni boleh terbalikkan sihir kalau ada orang nak kenakan sihir pada kita? Iye ke? Entahlaa..
Aku bukan seorang yang suka dengan cerita, lagu-lagu Korea. Aku just mengikut arus. Aku layan Running Man pun sebab ada sorang classmate ni duk transfer 99 episod Running Man dalam external tu. Sejak cuti bulan 7 dulu sampai sekarang, aku baru tengok 34 episod RM tu. Haha.. Aku prefer tengok TV layan Army Wives, Desperate Housewives, CSI, Merlin, Hawaii Five-O, Blue Bloods, 24 dan macam-macam. Cerita-cerita ni semua mendedahkan aku pada reality life yang kita tak boleh nak predict. Memang lakonan semata-mata, tapi moral and knowledge dalam sesebuah cerita tu, kita tapis dan ambil pengajaran. Contohnya cerita Desperate Housewives. Sekarang dah masuk "Goodbye Season" dah pun, final season. Dalam cerita tu, macam-macam boleh tengok. Tanggungjawab seorang isteri, rakan, ibu, anak dan jiran.
![]() |
Song Joong Ki - Running Man |
Okai, berbalik pada cerita Korea tadi. Aku kemain suka tengok Song Joong Ki dalam Running Man ni. Dia tak kacak, tapi dia cantik. Kalau dia perempuan, serius aku cakap, dia memang cantik gila. Muka dia manis. So, aku sebenarnya just suka tengok muka dia. Kalau Joong Ki yang ni, dia tak gentleman sangat tapi dia bijak. Dalam episod awal, Joong Ki memang nampak macam gentleman, tapi lama-lama macam tak je. Dia just seorang lelaki yang sweet. Sweet kan Song Joong Ki? Dalam RM, dia dipanggil FLOWER boy.
Aku rasa kalau aku layan cerita Korea ni, mampu gak la gila bayang dengan kecomelan pelakon-pelakon Korea ni. Sebab tu aku malas nak layan sangat cerita Korea. Biasanya, kalau aku tengok movie atau cerita apa-apa je. Aku akan suka watak dan peranan dia dalam cerita tu. Dan aku biasanya akan suka guy yang bawak watak gentleman, humble dan biasa. I like ordinary guy. Tu la lelaki yang aku suka - biasa. Aku tak suka guy yang handsome sebab I know that I'm beautiful too. Aku suka guy biasa sebab aku juga seorang yang biasa. Be balance.
![]() |
Taylor Lautner |
Ok. Dalam banyak-banyak movie Hollywood yang aku tengok. Aku masih tak boleh lupakan Taylor Lautner. Dari dulu aku memang suka dia dan aku sebenarnya terpikat dengan sikap gentleman dalam setiap watak yang dia bawa. Siapa tak suka Taylor Lautner? Semasa aku dengar interview dia kat dalam Oprah dulu, dia seorang yang tak smoke, tak banyak pergi club (Wallahualam), dia tak minum arak and dalam temuramah tu dia nampak macam seorang yang sangat shy. Mungkin sebab mata dia agaknya. Oprah describe him sebagai "a good son" sepanjang temuramah tu.
Dalam cerita "Abduction" pun dia nampak sangat gentleman dan bijak. Pergilah tengok cerita "Abduction", sangat smart dia fight dalam cerita tu. Again... I fall in love with him. Don't talk about his muscle and six packs. Haha.. Bawak watak Jacob dalam Twilight really suits him. He's like... Just be you. Adakah aku sebenarnya suka pada watak dia atau sememangnya itu sikap dia di luar filem?
Bollywood? Siapa tak suka Shah Rukh Khan? Cepat angkat kaki. Apsal tak suka SRK? Watak dia bawa semua lepas. Dia menjiwai watak dan bagi aku, watak yang dia bawa semua menjadi. Dan watak di dalam cerita My Name is Khan sangat mengagumkan. Lurus dan dengar cakap. Dan aku memang sangat suka hair style dia dalam cerita My Name is Khan ni. Maybe sebab rambut dia memang macam tu kan? Tapi smart kan? Cerita My Name is Khan ni sangat menyayat hati terutama bila dia solat di tengah padang pasir tu. Bukankah bagus kalau benar dia seorang yang begitu. Wallahualam. Watak yang dia tonjolkan dalam cerita ni pun agak mengagumkan dan membawa imej baik kepada umat Islam sejagat. The best part bila dia sanggup turun Georgia untuk tolong Mama Jenny yang terlibat dengan taufan kat sana. Hebat. Bukankah itu akhlak sebenar seorang Islam yang patut kita contohi? Like I said before, yang elok tu kita ambil buat pengajaran, yang buruk kita tolak tepi. Peace!
![]() |
Shah Rukh Khan - My Name Is Khan |
Minat dengan rasa rendah diri seorang pelakon membawa watak Prince Harry sekalipun, bandingkanlah dengan kerendahan budi dan sifat rendah diri Nabi Muhammad SAW yang tak dapat dibandingkan dengan sesiapa pun dimuka bumi ini. Be proud kerana kamu dilahirkan sebagai seorang Islam dan itulah sehebat-hebat nikmat yang Allah berikan kepada kamu kerana kamu lahir ke dunia ini sebagai seorang Muslim. Praktikkan hidup seorang Muslim kerana itu adalah ketentuan yang sudah Dia suratkan ke atas kamu sebelum kamu lahir ke atas dunia lagi. Ingatlah... kamu sudah berikrar untuk menjadi khalifahNya dimuka bumi ini, maka jalankanlah tanggungjawab yang Dia berikan kepada setiap daripada kamu sebagai khalifahNya. Bangga kerana lahir sebagai seorang Muslim, amalkan cara hidup seorang Islam dan jangan pernah lalai. Ashtaghfirullah al azim.
Sehebat mana pun seorang lelaki itu, biarlah dia hebat apabila dia mampu membimbing kamu ke jalan yang benar. Mampu menjadi imam kamu. Mampu mengajar kamu membaca Al-Quran. Aku tak mengejar kesempurnaan... dan aku tak pernah meminta dia adalah terbaik di antara yang terbaik. Ya Allah, soal jodoh, aku serahkan pada Kau... sepenuhnya... kerana aku sedar siapa diri aku yang juga serba kekurangan. Berselawatlah ke atas baginda sekerapnya kerana baginda akan memberikan kamu syafaatnya di akhirat kelak dengan izin Allah.
Note: Next time aku nak share ayat 1000 dinar, selawat syifaa dan sebagainya. Insyaallah.
I like each of your entry. Be strong Wawa. GOD always with you :)
ReplyDeleteHey Anonymous.. thanks for your support. I'll be strong.. InsyaAllah
Delete