"Sebenarnya, syurga dalam hati ini boleh direalisasikan dengan pelbagai cara. Salah satu caranya adalah dengan menyelaraskan kehendak kita dengan kehendak Allah SWT. Berserahlah kepada ketentuan Allah kerana kebahagiaan dan kedamaian pasti berputik dalam hati." - Solusi Isu 45Menurut kata penulis kolum Mahmudah ini, Umar Mohamad Noor, biasanya kesusahan hati berpunca dengan kehendak kita yang tak kesampaian atau kadang-kadang kehendak yang terlalu "over". But then kadang-kadang, kita nak benda lain, tapi Allah bagi benda lain. Benar, Allah takkan berikan kita apa yang kita nak, tapi Dia akan beri apa yang kita perlu. Kata seorang teman rapat dulu. Kita yang sebenarnya lupa, sesuatu yang berlaku sebenarnya adalah atas kehendak Dia. Kita je yang kadang-kadang tak sabar-sabar dengan apa yang ada depan mata dan buat keputusan yang kadang-kadang membelakangi Dia.

Atas alasan kehendak Allah itu takkan dapat diubah atau ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun, kita kena ingatkan diri sendiri. Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. Have faith. Be patience. Tu je tips nak survive dari heart-broken ni. Selain daripada masa yang kita perlukan, percayalah pada Qada Qadar atas apa yang dah jadi tu. Aku hanya perlukan masa untuk recover this extreme-heart broken selain daripada keyakinan aku pada Dia tentang masa depan yang lebih baik. For now, aku tak ada nak fikir pasal apa-apa komitmen tentang sebarang hubungan. Just not yet agaknya.
"Jika apa-apa Engkau kehendaki tidak terjadi, maka terimalah perkara yang sudah berlaku." - Riwayat Al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman (Solusi Isu 45)Aku nak membina Syurga Hati supaya aku bahagia dengan cara aku sendiri. InsyaAllah.
Langkah I - Forget the past, move on.
Langkah II - Eliminate rasa cinta. I had enough.
Langkah III - Masih sedang belajar untuk menyayangi diri sendiri. Sayangkan Allah, RasulNya dan mak abah.
Langkah IV - Buat apa yang aku suka, yang buat aku happy selagi tak melanggar syarak. Aku lebih suka describe semuanya sebagai "balance agama dan sosial".
InsyaAllah. Semoga aku dalam keberkatan Dia. Amin....
0 comments:
Post a Comment
Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195