Ya Allah, berikanlah aku kehidupan yang Kau redhai. Juga redhailah kehidupan aku kini.Dan aku sedar, hidup couple tu bukan hidup yang diredhaiNya. Maka, aku redha dengan ketentuanNya. Entry terdahulu segalanya tertulis tentang aku dan hidup kerana cinta dunia. Kadang-kadang rasa bingung dengan tingkah laku sendiri yang seolah-olah tak pernah matang. Sekarang dah masuk bulan Ogos, setelah 4 bulan mendiamkan diri dari dunia blog, aku kini ingin bangkit dari segala kesakitan yang wujud kerana lelaki sebelumnya. Puas berfikir, puas merenung, puas muhasabah diri, puas berkomunikasi dengan sahabat-sahabat yang tak pernah jemu memberi semangat. Kalau dulu, aku bukan seorang yang percaya pada persahabatan... mungkin kerana terlalu mencintai dia sehingga lupakan sahabat yang ada. Dan kini, aku amat memerlukan sahabat-sahabat itu. Kerana mungkin tanpa kata-kata mereka, aku masih merendam dengan air mata kan?
Selepas beberapa bulan dan satu berita yang tak pernah aku sangka dari seorang sahabat Ahad lalu, aku sedar, aku dah terlalu lali dengan kecewa sampai nak menangis pun dah tak terdaya. Benar, aku fragile... err tak.. manusia itu fragile, apatah lagi aku. Kecewa yang berbaki dari hubungan yang gagal 7 tahun lepas pun aku masih tak dapat lupakan, inikan pula hubungan yang aku sangkakan akan menjadi, rupanya lebih mengecewakan. Maka, aku berhenti mempercayai mereka. Sudah-sudahlah. I had enough. Lali atau dengan kata lainnya, hati dah tertutup. Apa yang ada, aku jaga saja, taknak lebih-lebih. Aku lebih senang diingati sebagai seorang kawan yang baik, peramah, kelakar, memahami dan tabah. Segala kesedihan lepas-lepas tu, aku jadikan pengajaran sebab aku yakin pengalaman itu mampu menjadikan aku seorang yang lebih baik pada masa akan datang, pada bakal suami aku nanti. InsyaAllah.
Salam 20 Ramadhan 1433H.
P/S: Malam ni bermula pencarian malam Lailatul Qadar. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment
Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195