14 January 2012

Tears

Aku menaip coretan ini dalam hujan, bersama airmata yang tiada siapa akan pernah faham. Sendu yang tak berkesudahan. Bila semua ni dah habis? Tunggu aku habis degree? Ke nak tengok aku extend dulu? Aku tak suka nak mention pasal personal life aku kat public. Setakat hint yang cukup aku luahkan sudahlah. Tapi... aku sakit. Sakit di benak ni.

Penat, malam ini, setelah argue through the phone. Aku menangis tak berhenti. Aku takut, takut Dia tak redha dengan apa yang aku lakukan. Demi Allah, aku mencari redhaNya. Cukup. Asal kau bahagia, aku bahagia. Sebab aku tak dapat berikan bahagia itu pada kau. Aku menangis, kecewa dengan tindak-tanduk kau. Tapi kalau itu yang selalu saja buat kau bahagia. Go ahead.

Habis berbasa-basi tadi dengan dia. Salah menyalahkan. Tak sedar kesilapan masing-masing. Aku sudah puas memuhasabah diri. Mencari kesilapan diri. Ya, aku silap. Maaf atas segala keterlanjuran kata, tapi kau takkan pernah faham kalau aku tak setegas ini. Ya, aku tegas tapi aku juga lemah, lemah bila aku terpaksa menyakitkan hati orang yang aku sayang. Itu yang kau tak tahu tentang aku. The feelings part. Demi Allah, aku menangis kerana takut benar akan balasan Dia pada aku sekiranya apa yang aku lakukan ini jauh dari landasan yang Dia benarkan. Ampunkan aku. Aku bukan berlagak baik. Tapi aku menulis ini dengan harapan kau membacanya. Aku penat, penat berperasaan begini. Aku kesal tak sempat ubah satu benda dalam diri kau, sebab kau cukup marah bila aku mention pasal "benda" tu. Aku doakan kau sedar satu hari nanti. Biarlah wanita yang buat kau bahagia tu mampu menyedarkan mana silap kau. Kerana apa pun yang aku tuturkan, hanyalah hanyut dibawa arus keegoan kau. Maafkan aku. 

I want to help myself. I want to be strong. But you make me weak from day to day. I'm sick of it. Biar aku telan kesilapan ini. Kesilapan yang tak tahu bermula dari mana. Fikirlah, minta bantuan Dia kerana hanya Dia yang mampu membantu. Aku... aku punya kawan. Terima kasih kawan atas segala semangat, kekuatan, pujukan yang tak pernah berhenti aku terima. Itu cara aku menangani kesedihan. Speak. Write. That's the other way to overcome this sadness.

Ya, aku ubah airmata sedih itu dengan airmata taubat. Aku pohon petunjuk. Aku pohon Dia ampunkan dosa aku yang lalu yang mungkin penyebab aku sakit begini. Kalau kesakitan yang begini yang boleh Dia ampunkan dosa aku yang lalu, aku redha. Ampunkanlah aku Ya Rabbul Izzati.
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sudah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku”. (Surah al-Qasas 28:16)

1 comment:

  1. sye terbaca blog nie~
    erm merasai apa yg dirasai saudari skg..
    banyak kn bersabar..
    terus mendekatkan diri pd-Nya..
    agar saudari lebih kuat dan yakin dgn apa yg berlaku di ats kurniaan Allah adalah 1 nikmat ~ krn kite Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kte~

    ReplyDelete

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195