01 January 2012

A New Chapter Begin

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, dengan izinNya aku masih bernafas pada hari yang baik ini. 1 Januari 2012 jatuh pada 7 Safar 1433H. Banyak yang telah aku harungi selama 22 tahun 25 hari aku bernafas pada hari ini. Aku bersyukur dengan segala yang Dia telah kurniakan pada aku. Alhamdulillah. 

Aku tinggalkan 2011 dengan penuh dengan drama, tangisan, tak lupa juga gelak tawa yang mungkin kadang kala buat aku lupa pada Dia. I really want to leave my bad memories, my stupid mistakes. But I do believe, kalau bukan sebab stupid mistakes tu, aku tak sedar akan kesilapan aku. Here we go. Aku menerimanya dengan hati terbuka. Cuma aku harapkan Dia berikan aku kekuatan. Apa yang aku percaya, aku percaya pada janji Dia. Dia akan selalu menemani aku. Tanpa penat lelah. Aku percaya dengan kewujudanNya maka aku juga percaya pada Asma Al-Husna yang ada padaNya. 

"You have to move on.. You need the time but don't wait for the time.. Because we always waiting for the time, but the time never wait for us.. Now! It's time to forget him.. force yourself.. there are lot of peoples loving you much more than he could..and more than how you love him"
Someone said that to me, and benda tu yang asyik terngiang-ngiang di telinga aku menjadikan aku seorang yang lebih kuat for now. Thank you so much to Mr. Izamudin. I really appreciate whatever you said, you did for me even we haven't speak almost 10-13 years. THANK YOU

3 tahun aku tak menggunakan diary sebab aku sentiasa ada someone yang aku boleh bercakap,  mengadu, yang jarang sekali buat aku menangis. Tapi aku dah tak ada semua tu, so, yes, I need a diary this year. Because there will be more tears since I have no one besides me anymore. I have to admit that. Agak susah, agak mencabar untuk aku lalui tahun ini. Yes. Maka, diary akan jadi tempat aku mengadu lepas ni selain dari sujud aku pada Dia, mengadu memohon pertolongan dariNya yang tak pernah hampa dengan aku yang selalu saja melupakan Dia saat gembira. Nauzubillah. Ampunkan aku Ya Allah. Banyak dosaku.. Apalah dayaku, aku memang hanya manusia biasa yang naif yang sentiasa perlukan perhatian dari Dia Yang Esa.


Apa yang aku harapkan pada tahun baru ni? I really want to move on. I really want to build a new Siti Salwa Hanim Atan. I realized my mistakes. I will fix it. Aku tak mampu kembali pada masa aku buat kesilapan itu, kerana Dia pernah mentioned, perkara yang paling jauh dari kita adalah masa lalu. So yes. Apa aku mampu hanyalah, betulkan keadaan, betulkan kesilapan.

I admit that 2011, aku busy dengan kegiatan kokorikulum. Sekretariat Mahasiswa Fakulti buat aku jadi pening, hilang tumpuan, bowling KARISMA dan SAF. But yes, itu sebenarnya apa yang aku mahu dari awal aku masuk Diploma lagi. Tapi aku tak mampu seaktif itu dulu, so, once I got the opportunity, I grab the opportunity. Kat mana silapnya? Silapnya aku kurang bijak bahagikan masa. Menyebabkan assignment aku tak buat, my group members yang bertungkus lumus siapkan assignment untuk pihak aku. I can't believe I did that to my assignment group. I am not like that. Aku seorang yang sangat komited dengan komitmen aku, tapi this time... aku kategorikan.. aku gagal. Maafkan aku wahai kawan. I won't let it happen next semester. I promise and you got my word. Seriously, maafkan aku Ayu, Nana, Khai, Pija, Alan dan Radzlan. Aku lost semester ni. Maafkan aku. I won't let it happen again. Tolong guide aku, sebab aku rebah sekarang.


Ya, aku rebah. Aku rebah kerana cinta pada manusia. I forgot of His unconditional love towards me all this while. Aku pesan pada dia, jangan terlalu sayang pada manusia, nanti kita merana. Tanpa aku sedar, aku sayangkan dia lebih dari segalanya. Itu silap aku. Aku sedar, namun aku malu mengatakan aku sedar hanya setelah aku terhantuk. Tapi at least, Allah bagi aku peluang untuk sedar. Ya. Kerana Dia sayangkan aku. Dia tak nak aku lalai dengan duniawi. Maka, aku bersyukur dengan segala dia kurniakan pada aku. Allahuakbar. Hebatkan Dia?


So, atas beberapa kesilapan lain yang aku tak mampu nak tuturkan di sini, biarlah hanya aku dan Dia yang tahu, dengan harapan, Dia berikan aku hidayah untuk aku betulkan segala kesilapan yang aku buat pada 2011. To all my readers, ni beberapa pesan aku untuk mengharungi tahun baru ni :-

# Bersyukurlah dengan apa yang ada. Gunakan apa yang ada depan mata tu dengan baik. Jangan ragu, Dia dah berikan yang terbaik.
# Dia tak berikan kita apa yang kita mahu, tapi Dia berikan kita apa yang kita perlukan.
# Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan segalanya.
# Bila kita senang nak dapat something, kita takkan appreciate benda yang kita mudah dapat tu. Sebab tu Dia bagi kita sedikit kepayahan untuk mendapat kebahagian hakiki tu, sebab kebahagiaan tu akan berkekalan selagi kita mampu gunakan dengan sebaiknya.
# Bukan semua orang akan hargai apa yang kita korbankan untuk mereka. Tak apa. Lakukan kerana Allah, dan kita akan lebih bahagia begitu. Kita serahkan pada Dia. Kita akan jadi tenang. Buat apa saja, niatkan kerana Allah.
# Kasihankan diri sendiri dulu, baru kasihankan orang lain. (ini kelemahan aku)
# Jangan fikirkan tentang kesusahan orang lain, sedangkan orang lain tak pernah nak fikir kesusahan kita pun. Ya, aku perlu jadi selfish sometimes.
# Janganlah jadi seorang yang hanya mencari kawan/seseorang hanya bila dia diperlukan. Hargailah dia.
# Jangan ignore orang yang pernah tolong kita walaupun sekali. Trust me! You break my heart.

Terima kasih kepada mak, abah yang tak pernah lupa zahirkan kasih sayang mereka pada aku, tak kira macamana keadaan aku. Kawan-kawan yang sentiasa memberikan dorongan - Elyana Yazmin, Fatin Adila, Nasieha, Walie, Hafizul, Izamudin, Syafiq, Roderick, Dzul, Hasmadi, Atykah Lottfi, Radzlan Shah, Aisha, 'Amyra dan ada a few yang aku tak sempat nak mention kat sini. Aku hargai setiap bait kata korang. Seriously, I appreciate that.

Akhir kata, aku ingin mulakan tahun baru ini dengan niat dan cara yang baru. Aku hanya mohon redhaNya untuk aku buat semua ini. This new blog is a start. For now.. I have to focus on my examination this 5th January (Thursday). Aku perlukan sokongan. Sekian
Newer Post
Previous
This is the last post.

2 comments:

  1. wawa sayang...
    semoga tahun 2012 memberi sejuta kejayaan & kebahagian buat dirimu.. :)

    Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingin akan kita dapat malah kadangkala
    kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.


    Kadang-kadang Allah turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Dia hendak beri kita pelangi.


    Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan
    takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.


    Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita dapatkannya.




    ikhlas dari kak efa :)

    ReplyDelete
  2. sme situasi rsanye d lembaran 2011~
    namun d 2012 buka buku dan lembaran baru..
    untuk melaluinya dengan kuat demi mcari redha Allah dunia dan akhirat..
    Insya-Allah.. la tahzan =_=

    ReplyDelete

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195