Anak ada lebih dari 2, rumah pulak ada 3 saja. Macamana nak deco bilik kan?
Wawa dah lama survey and study, cari apa saiz katil yang paling sesuai untuk anak-anak Wawa yang 2 lelaki, 2 perempuan ni. Bilik pun tak besar mana. Apatah lagi masa pindah rumah, owner rumah sebelum ni dah buat built in wardrobe kat bilik anak dara ni. So, nak tak nak kena cari katil yang sesuai dengan size bilik.
Meja tu pun built in
Kalau nak rebuilt, rasa sayang pulak kan, sebab kos nak buat built in wardrobe ni bukan murah, mau dekat RM10,000 lebih kan?
Jadi lepas survey, Wawa paling berkenan dengan konsep IKEA yang boleh pasang sekarang, nanti kalau anak dah besar, boleh tukar mana bahagian bawah tu boleh tukar ke atas or vice versa. Kemas! Kemudian nak cat warna lain pun boleh kan.
Sebab Naufal dah 6 tahun, so Wawa rasa sangat penting untuk asingkan tempat dia tidur secepat mungkin. Memang rezeki pindah rumah pun ngam sangat time anak-anak tengah membesar dan Wawa boleh beli barang rumah ikut keadaan dan usia mereka.
Cantik kan? Nah, Wawa bagi korang idea lagi nak dekorasi katil KURA ni.
Jom, Wawa belanja video masa Wawa pasang KURA kat rumah?! 😗
Bukan main seronok anak2 masa sampai ni. Gambar ni belum sampai comforter set masing. Nanti dah pasang Wawa buat 1 post baru nak tunjuk memang cantik betul KURA BED ni.
Oh ya, tilam single pun Wawa beli dari IKEA. Ikut budget anda. Yang penting anak-anak tidur lena sepanjang malam kan 🥰
Ini antara cadangan tilam single yang ada di IKEA.
Penghantaran dari IKEA ke rumah anda bergantung kepada lokasi.
Sepanjang September ini IKEA menawarkan 50% diskaun untuk kos penghantaran jadi Wawa hanya bayar RM49 untuk kos penghantaran Kura, Vadso dan Hafslo.
Berbaloi? Memang berbaloi!
Cuma katil kena pasang sendiri disebabkan servis pemasangan tidak ada semasa tempoh PKP ini.
Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195
0 comments:
Post a Comment
Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195