BILA TAHU DIA SAKIT
Lepas lahir ke via C-Section awal Februari lepas, Naurah ditempatkan bersama Wawa di wad postnatal. Natrah pula dah terus ditolak ke NICU sebab dia lahir 1.78kg (berat minimum kelahiran adalah 1.8kg di Hospital Temerloh. Sepanjang 4 hari Wawa di hospital, seharipun doctor tak detect dia ada jantung berlubang. Wallahualam.
Check up 1 month Wawa di Klinik Kesihatan Bandar Botanik, kena jumpa doktor for general inspection. Masa doktor check Natrah, Alhamdulillah tak ada apa. Tapi bila check Naurah, doktor check bunyi jantung dia beberapa kali. Mula-mula dia unsure, then dia minta Wawa susukan Naurah dan Naurah dalam keadaan bertenang. Dia refer dengan seorang lagi doktor senior untuk jantung Naurah. Second doktor confirm ada murmur sound pada jantung Naurah dan terus dapat reference letter kena pergi hospital untuk buat appointment.
Kat hospital Klang, dia bagi tarikh baru untuk datang semula for confirmation. Tapi ada jumpa doktor sekejap untuk confirm murmur sound. 2 minggu lepas tu, datang semula untuk buat Echo dan X-Ray. Buat echo dan x-ray, confirm 3.6mm ada jantung berlubang PDA type.
BAHASA RINGKAS
Dalam kes biasa, kes jantung berlubang (PDA type) ni common among our kids sebenarnya. Ketika dalam kandungan, jantung bayi memang ada ada lubang ni dan dia akan automatik tutup bila dilahirkan. Dan antara sebab masalah PDA ni terjadi adalah disebabkan kelahiran awal (pramatang). Dan Naurah dulu memang lahir pada 36weeks 4 days. Wawa schedule czer pada 37 weeks, tapi terpaksa emergency czer sebab IUGR (Intrauterine Growth Restriction) iaitu bayi Wawa yang tidak sama size (sorang kecil sorang besar - beza 800g).
SIMPTOM
- Nafas laju
- Menyusu dan berpeluh
- Menyusu dan tercungap-cungap
- Muka naik biru (ni dah kena bawa ke hospital tau)
Ni antara tanda-tanda masalah jantung PDA type. Tapi, amazingly Naurah tak ada semua symptom ni. Cuma Wawa perasan dia kuat berpeluh dan mudah penat kalau dia nak meniarap.
2 minggu lepas buat X-Ray dan Echo, dapat panggilan dari hospital Klang minta dating hospital pada hari Rabu (dia call Jumaat sebelumnya). Katanya X-Ray Nampak jantung Naurah dah bengkak. Doktor dah inform, Naurah mungkin akan kena admit untuk monitor tahap kesihatan dia.
Hari admit, terus ke Klinik Pakar Paediatrik. Dan doktor minta admit for 3 days untuk monitor kalau ada komplikasi pada ubat yang akan introduce pada Naurah nanti. Bila on medication (Spironolactone & Furosemide), blood pressure mungkin ada turun, mungkin akan naik. So, kena duduk hospital untuk doktor monitor kalau-kalau dia tak OK dengan ubat tu.
Nak dijadikan cerita, pada hari nak admit tu. Naurah dah mula tunjukkan tahap kesihatan dah semakin memudaratkan. Dia dah mula batuk, suhu 38 macam tu. Masa tengah makan di café, Naurah muntah sebanyak-banyaknya macam air terjun atas baju Wawa and I'm so surprised! Tak kisah dia muntah tu. Tapi memang sangat risau.
Doktor kata, jantung dia dah bengkak. Air dalam badan dah tak keluar. Dah mula effect paru-paru dia. No wonder dia muntah dengan sangat banyak masa Wawa di café awal pagi tu. Kalaulah admit
lewat daripada tu, Naurah lebih terdedah dengan risiko lemas atau lung infection. Nauzubillah!
ON MEDICATION
Discharged dari Hospital Klang, dia dah mula on 2 jenis ubat (Spironolactone & Furosemide) dan 3 jenis vitamin (Multivitamin, Asid Folik dan Zat Besi). Ubat tak boleh miss ya sebab kalau tak on ubat tu, air dalam badan akan terkumpul dan banyak kesan sampingan lain. Untuk vitamin, Wawa on off sebab puncanya hanya sebab masa discharge badan Naurah sedikit lemah dan bacaan HB dia 10.1 saja.
Tapi lawatan kali kedua ke hospital, doktor dah suruh off vitamin. Cuma on 2 ubat tadi. At this point, ubat tu memang kena ada jadual, si penjaga perlu comply dengan jadual makan ubat tu. Syukur betul keputusan untuk resign last year rupanya ada banyakkk sebabnya. Sungguh. Allah tu Maha Tahu. In case kalau Wawa masih bekerja, mesti risau, susah hati je tinggalkan anak kembar.
APA PERASAAN
Sejujurnya Wawa sangat berdebar masa mula tahu informed by doktor di klinik kesihatan. Masa tu rasa macam... "Why Naurah?" But slowly lepas tu, kuatkan hati dan Wawa lebih cool daripada biasa.
0 comments:
Post a Comment
Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195