Lupa nak letak gambar bunga tangan yang aku suka ni. Bunga tangan ni mulanya tak ada dalam list pun, tapi masa on the way balik Pahang dengan Mak Teh, dia ajak singgah kat kedai cenderahati sebab nak beli few things lagi untuk decorate hantaran ni. Aku memang rambang mata bila tengok bunga, semua bunga aku nak. Then, aku nampak bunga yang aku suka then aku tanya Mak Teh kalau bunga tu sesuai nak buat bunga tangan. Then Mak Teh cakap nak bunga tangan juga ke? Then aku angguk, hehe... then Mak Teh sepadankan warna bunga dan dia tolong pilih bunga dan hiasan pada bunga tangan tu.
| Bunga ni dah lama aku usha. Finally, jadi bunga tangan decorated by Mak Teh. |
![]() |
| Meja buffet & 80 kerusi tetamu |
Dia Muhd Afiq Syazwan Ahmdon graduan Universiti Malaya. Matang, lembut, bijak, bertanggungjawab, penyayang, rendah diri, baik hati dan paling penting, dia ni jenis yang family guy. Dulu masa single attended akad nikah Puan Cousin, aku berdoa pada Dia... "Berikan aku jodoh yang terbaik untuk aku. Aku tak meminta yang kaya-raya, kacak, bekerjaya, punya kereta dan segalanya. Aku hanya memerlukan seorang suami yang boleh membimbing aku, menyayangi aku hingga ke syurga." Benar, aku tak memerlukan seorang lelaki yang ada segalanya, aku lebih suka kalau dia berjaya bersama-sama aku dalam perjalanan tu. Alhamdullillah, I got nothing to brag, I'm just glad.
Bukan apa, walaupun aku baru bertunang, tapi bukankah bertunang itu adalah satu transit untuk menjadikan kita lebih bersedia menempuh alam perkahwinan nanti? Benar bukan? So, that's why istikharah sebelum bertunang ini penting bagi aku. At the same time, aku memanjatkan sepenuh kesyukuran sekiranya dia adalah lelaki yang Dia tentukan untuk menjadi imam aku nanti. Bukan apa, penat benar dengan apa yang sudah aku lalui. Bukankah Dia Maha Adil? Selepas segala yang aku alami, sesungguhnya Dia lebih tahu apa terbaik untuk aku.
Selepas beberapa minggu berfikir, urusan pertunangan/merisik ni dipermudahkan dengan dijalankan sekaligus. Plan untuk merisik,bertunang dan kahwin memang dah lama ada sejak seminggu aku terima lamaran dia lagi. Memang niat untuk kahwin ASAP dan tak nak tunggu lama. Plan untuk kahwin pada asalnya pada hujung tahun ni, disebabkan masing-masing baru mula bekerja awal tahun ini, hajat tu tak dapat dipenuhi disebabkan perkara-perkara yang tak dapat dielakkan.
Sebenarnya barang hantaran untuk berkahwin kami dah mula beli pada Mega Sale December 2012 lagi. Kasut, Quran, wallet, belt semua dah dibeli. Disebabkan last minute punya majlis tunang ni, adalah beberapa barang yang kami terpaksa keluarkan dan jadikan hantaran pada majlis pertunangan.
Airmata tetap menitis apabila wakil dari pihak aku mengumumkan pertunangan antara Muhd Afiq Syazwan Ahmdon & Siti Salwa Hanim Atan. Doakan ini jodoh kami sampai ke syurga. InsyaALLAH.... Semoga kami kuat menempuh dugaan sebelum diakadkan... Menjawab soalan berapa lama ikat... InsyaAllah, kalau murah rezeki cepatlah akad kami, atau Tuhan ada sesuatu yang lebih baik untuk kami berdua.
Note: Usia hubungan ini baru menjengah 10 bulan. Doakan kekal hingga ke syurga. Amin



""lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
ReplyDeletesemoga ini jodoh yang terbaik buat wawa..
akak doakan kebahagian wawa & afiq hingga akhir hayat..InsyaAllah aminn :)
Waa, kite pun beli warna kuning ni gak untung tunang nanti. Hii. Design lain sikit, tp simple cmni. Asyik pandang je time nak tdo. Doakan kite yeh utk tunang nt. ;)
ReplyDelete