26 October 2012

Leader Fellowship (Fasa I, Bab II)


Day 4
Such a great moment.
Sunrise at Rumbia. 
Perjalanan ke Pulau Rumbia hari semalam kami permudahkan dengan sikap positif dalam diri masing-masing dan sikap setiakawan, memahami. Almaklumlah, ada yang tak sihat, mabuk laut, salah makan. Perjalanan hari ke-4 kami teruskan ke Outward Bound School untuk ekspedisi lain pula bila dah sampai ke base camp nanti. Bertolak seawal 7am, kami lebih leisure dalam whaler hari ni. Mungkin sebab semua orang keletihan semalam, kami banyak sailing je hari tersebut. Bercerita, sharing stories, experience, teori, teka-teki, lagu dan macam-macam lagi. Pada masa inilah kami cuba mengenali diri kawan-kawan yang lain. Memang sangat seronok, dilambung ombak. Cuak tu memang cuak, tapi seronok dan rasa takut dengan gelora laut hilang dengan gelak tawa dan usikan kawan-kawan seperahu.

Kami selamat sampai ke base camp pada jam 1.30petang juga. Mengambil masa lebih kurang 6jam juga untuk perjalanan sejauh 20km. Kalau nak compare dengan hari sebelumnya, 6jam utk perjalanan sejauh 29km, mungkin hari ini kami agak keletihan dan kami lebih banyak sailing daripada whaling.

Tutup litup untuk avoid sunburn.
Tapi tak dinafikan, whaling memang exciting sebab dapat peluang pergi jalan-jalan kat lautan luas. Dayung perahu sendiri pulak tu. Mana nak dapat kat tempat lain kan? Outdoor activity school. On the way balik kt base camp, kami hanya sediakan glukos oren, buah untuk avoid rasa dehydrate, rasa mual, mabuk laut dan penat. Air memang bergelen-gelen la kami bawa. Air glukos yang paling banyak sebab air tu je air manis yang tinggal pada hari tersebut. Kordial dah habis, teh dan milo pula macam terlalu sikit kalau nak ready dalam portion yang besar untuk 15 orang atas kayak. Walau bagaimanapun, we managed to arrived at base camp faster than watch Brinchang. Yippi! Ramai ahli watch Brinchang yang mabuk laut and diarrhea, sebab tu they can't make it faster than us.

Sampai ke base camp, kami kena cuci-cuci mess tin, periuk yang ada untuk next expedition. Lebih kurang pukul 3petang kalau tak silap, selesai makan tengahari ala kadar di base camp (balance makanan yang ada dalam ration) kami bersiap-siap packing dry pack untuk ekspedisi berkhemah di Teluk Batik pula. Berjalan kaki sejauh 1km apalah sangat kalau nak dibandingkan berdayung 1km. Dalam 20minit, kami sampai di camping site Teluk Batik. Sampai kat camping site, macam biasa... kami setup khemah, ready untuk makan malam, cari kayu api. Malam ni, aku dan Afiq decided nak masak telur dadar, tumis sayur and panaskan sup Campbell mushroom and chicken flavor, aku tumpang happy la sebab kawan-kawan yang lain cakap makanan malam ni adalah makanan paling sedap sepanjang ekspedisi.

Di sebelah malam, kami ada banyak masa terluang, masa terluang tersebut kami isi dengan pengenalan lagu sekolah OBML dan beberapa lagu wajib lain yang kami perlu belajar. Selesai je sesi belajar karaoke dengan fasi, kami lepak-lepak, buat air milo panas cecah biskut, makan roti dan sebagainya. Main game ramai-ramai, memang seronok. Dah lama sangat aku tunggu moment macam ni, have fun macam ni, walau bagaimanapun, kepala aku rancak benar berfikir tentang hati aku. Aku cari ruang untuk bergembira sepanjang program especially bila aku nampak real nature. Allah's creature. Indah!

Camping site at Teluk Batik
Day 5
Awal pagi hari ke-5 ni best sikit, boleh bangun lewat sikit sebab hari ni ada program rafting je. Pukul 8.00pagi, kami turun ke pantai untuk rafting competition. Competition ni biasa je, tak sehebat whaling tu. Gambar pun tak sempat nak snap. Selesai rafting, kami balik ke camping site and masak untuk lunch. Lepas lunch, sempatlah juga aku berehat-rehat dalam khemah sebelum next program bermula pada pukul 3petang. 

Licin makanan malam ni! 
Dinner distribution.
Pukul 3 petang, kami watch Bintang bertolak ke base camp OBML, dan watch Brinchang pergi ke rope course di OBML juga. Untuk petang ni, kami team watch Bintang belajar berkayak. Aku dipasangkan dengan Bushan. Setiap kayak semua dipasangkan, in case kalau girl tak larat, ada support guy kat belakang kan? Pada sesi belajar kayak hari ini, macam-macam la jugak kami belajar termasuklah backward, going forward, sharp turn dan change direction. Semua orang kena buat keptsize, macam hampeh. Aku dah la tak suka mandi air tepi laut ni. Redha je la, in case aku keptsize tengah-tengah laut masa ekspedisi esok kan sia-sia je? Settle training keptsize, belajar control kayak, kena angkat kayak 32kg tu pulak bawa naik darat. Berat nak mampus, terus zero energy aku. 

Disebelah malam, ada night walk di kawasan bukit berhampiran tu pula. Biasa je night walk malam tu dan berakhir lebih kurang dalam pukul 11. Yang paling aku suka, warming down yang KA ajar aku malam tu. Rasa segar sikit badan lepas warming down malam tu. Macam biasa, lepas post mortem, main game macam-macam dengan kawan-kawan lain. We had joy and we had fun. =)

Day 6
Camping site kat Teluk Batik dibersihkan, semua khemah disimpan semula. Mess tin, periuk semua kena basuh betul untuk next ekspedisi. Tapi sebelum start ekspedisi, kami mulakan dengan rope course di base camp. Kalau nak compare dengan Skytrex Adventure, Skytrex lagu mencabar daripada rope course kat OBML ni, tapi yelah kalau OBML buat rope course macam kat Skytrex, sehari nak habiskan course tu. Rope course habis kira-kira pukul11, dan kami menerima taklimat untuk ekspedisi kayak pula selepas solat Jumaat. 

Lepas ambil ration, macam biasa kami devide makanan elok-elok sebelum bertolak. Makanan yang tak berapa best tu, kami tinggalkan je kat store. Dalam pukul3 petang, kami mulakan people chain masukkan dry pack, gallon water ke atas mother boat. Sesi kayak pada petang ni bergabung dengan watch Brinchang sekali. Dan 5 kayak appointed to take care of the team. Navigator yang berada di depan sekali yang akan jadi navigation pada semua kayak yang lain. Guide sebelah kiri juga sebelah kanan sweeper di belakang sekali. Captain akan berada di tengah-tengah ekspedisi memantau semua kayak diketuai oleh Azri. 

Macam semalam juga, aku di-pair-kan dengan Bushan. He's very calm. He keeps telling me, "just relax." Then, disebabkan aku bersama Bushan, selamatlah aku sampai ke Pulau Pangkor. Sepanjang berkayak ke Pangkor tu, aku rasa happy sangat, lagi seronok daripada berdayung naik whaler. Sebab aku boleh capai air, tepuk-tepuk air, at the same time, kapal navy lalu lalang kat kawasan kami berkayak tu. The best part bila berkayak hari ni is when I saw a lot of navy ships at the sea. Banyak! Macam satu batallion, ala ala feeling tengok movie "Battleship" pula. Serius aku excited tengok navy ships banyak-banyak macam tu. 

Blue ocean, white sand. Perfect!
Bila hampir sampai ke pantai, nature view kat tempat tu teramatlah cantik. Satu kata yang terpacul dari mulut aku hanyalah "Allahuakbar", aku kagumi kebesaran Dia. Inilah bukti-bukti kewujudan Allah. Lihatlah ciptaanNya. Itu dah cukup untuk buat aku happy sepanjang malam. Semasa atas kayak, aku tak bawa kamera, kawan-kawan lain pun tak ada bawa. Yelah, takut keptsize kan? Sia-sia je lenyap kamera aku kalau kayak terbalik. So, tak dapat nak share view 100meter dari pantai tu. Curious? Trylah berkayak kat sana ok? hihi..

0 comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195